Friday, November 14, 2014

PERBEZAAN BOLT CYLINDER RXZ


Bolt adalah sangat penting pada engine,,tanpa bolt ini bagaimana hendak menggantikan cylinder yang sudah
hilang kelikatannya..ini adalah bolt yang beli dekat kedai spare parts ,,bukan yang original..


Cuba beri perhatian dihujung lingkaran,,ada bonjol bulat ,,kalau beli satu set didalam plastik,,washer sudah
tersedia,,ia datang sekali dengan bolt,,


Inilah yang original,,asal dekat engine,,dihujung lingkaran tiada bonjol,,akan tetapi jika kepala dah nak rosak
tiada gunanya,,,menyusahkan adalah,,kalau dah terlekat kat bawah engine nampak sama sahaja...

Thursday, November 13, 2014

MAIN SUIS ORIGINAL RXZ


Suis utama Yamaha RXZ yang original yang sangat berbeza jika suis yang local dekat
kedai spare parts,,,sememangnya jauh perbezaannya...

Suis ini juga sebetul-betulnya memainkan peranan yang penting ekoran arus yang
mengalir daripadanya sebagai tempat hubungan...

Sehubungan dengan itu juga,,,suis ini terperangkap didepan mata penunggang Yamaha
RXZ berkemungkinan menyakitkan hati jika asyik memandang sius yang local..

Bagi rider RXZ,,pakailah suis yang original bagi keselesaan semasa membonceng RXZ..

Absorber RXZ


Salam warga RXZ,,,sepasang absorber kayaba untuk RXZ yang tak patut anda beli
jika ingin dipasang ke kerangka...

Oleh kerana sememangnya tidak sesuai kerana springnya yang agak luas sedikit,,jika
dipasang ke RXZ akan menampakkan tidak original....

Manakala spring Rxz yang original agak rapat-rapat,,tiada RXZ yang keluar yang baharu
spring semacam ini...lihatlah dengan teliti semasa membeli dekat kedai,,jangan sesekali
tersilap beli,,akan tetapi absorber jenis ini agak keras sedikit ....

Semasa membeli absorber,,pastikan lingkaran spring yang rapat-rapat serta jenama
KAYABA,,baharu nampak original...cun-cun bila kat motosikal...

WAYARING NO : RXZ CATALYZER


Salam warga serta peminat RXZ,,di sini ingin kongsi ilmu tentang Wayaring yang original
asal dekat motosikal yang dapat di tonjolkan buat tatapan penggemar RXZ..

Wayaring yang dapat anda lihat ini,,bukannya beli kat kedai dan pasang dekat motosikal,,
ia sebenar-benarnya yang original datang sekali dengan motosikal semasa keluarannya..

Apa yang anda lihat adalah sebagai perkongsian bagi menbezakan yang original dan local,,
bagi tujuan pengetahuan semata-mata...semoga menberi manfaat untuk anda semua...

ENGINE RXZ CATALYZER


Inilah rupa engine Yamaha RXZ Catalyzer yang original,,,perbezaannya adalah dari
segi magneto yang berbeza dengan yang lama,,,..

Ia menyerupai Magneto Yamaha 125Z,,,daripada segi yang lain di engine tidak berubah,,
yang mana engine yang lama boleh masuk magneto jenis ini tanda dimodifikasi ...

Akan tetapi wayaring,,cdi serta rectifier harus ditukar kepada jenis Catalyzer jika
bercadang ingin memasukkan magneto ini ke engine yang lama...


Cuba perhati betul-betul,,,memang sebelah ini tidak diubah ,,sama seperti yang lama,,
cuma pump 2t sahaja diubah kat dalam,,luarannya sama sahaja boleh ngam dengan lama..

Dari segi repair kit pump 2t memang berbeza dari yang lama,,...jangan sesekali tersilap
beli apabila mahu service pump 2t...


TYRE LEVER


Salam,,jika anda ingin benar menukar tiub atau tayar motosikal tanpa bantuan mekanik,,
cubalah cari jenama SAFETY,,jangan beli yang tebal,,cuba cari yang nipis,,


Seperti ini,,baharulah senang sedikit bagi melakukan kerja mencungkil tayar daripada
rim,,,jika guna yang telah berkemungkinan agak susah untuk tugas mencungkil..

Kalau boleh jangan sesekali menggunakan skru driver kerana agak berisoko ketika
memasukkan tayar ke rim,,mungkin akan terkena tiub yang mengakibatkan kebocoran..

Semoga tip ini berguna untuk DIY anda....

HORN ORIGINAL YAMAHA RXZ


Inilah rupanya Horn yang original motosikal Yamaha RXZ,,,yang tertulis NIKKO HORN,,
YF -12 dan hanya memerlukan power 12 v..


Yang ini pula wajah dekat belakang,,fungsinya sama saja dengan yang local,,cuma beza
original saja...colour pun mungkin ada perbezaan...


Mungkin yang ini terang sedikit,,masih ada tertulis Nikko dekat belakang,,,seingat dahulu
ramai yang pakai RXZ telah buang Horn daripada kerangka,,tak cantik serta nampak
macam standart..

Berlainan pula era ini,,,mereka-mereka yang mengemari RXZ mencari-cari benda ini yang
original,,lebih-lebih lagi yang asal motor dan kelihatan masih segar di mata memandang..

YAMAHA RXZ CATALYZER


Motosikal yang telah lama bertahta di hati ramai muda-mudi sejak dahulu dan era baharu,,
semenjak kelahirannya dan telah dilupuskan keluaran..

Namun motosikal ini tetap popular,,mungkin tiada model baharu sejenisnya dapat menandingi
populariti serta reka bentuk yang agak menawan..


Jika ada lagi stok lama yang belum register,,berkemungkinan harga yang tak sanggup anda
bayar,,lebih kurang RM14 000 ke RM19 000...akan tetapi bagi mereka yang berduit,,
mungkin tidak,,mahal takpa,,janji dapat...


Motosikal RXZ yang standart serta parts yang original boleh dikelaskan yang berharga,,
mungkin berada dikatagori harga yang tinggi serta dicari-cari peminat setia RXZ..


Semoga RXZ terus gemilang dan bertahta di hati muda-mudi sepanjang zaman....

V - BELT YAMAHA EGO / NOUVO


Salam ,,inilah rupa V -Belt kepada jenis motosikal skuter..Motosikal jenis skuter makin
diterima remai dan makin laris di pasaran terutama keluaran Yamaha..
Jikalaulah V- Belt ini putus ketika sedang seronok membonceng,,usah risau,,ia tak akan
merosakkan engine,,kerana ia bukan berfungsi seperti Timing Belt kereta...

Cara pemansangannya pun cukup berbeza,,ia tidak memerlukan set penanda,,,gerenti
Valve tak bengkok serta tiada gigi sporket...

Cuba jangan pakai yang murah,,kalau boleh elakkan,,kerana yang local tidak tahan
kelasakannya serta mudah putus..silap hari bulan,,2 ke 3 hari selepas dipasang putus,,

Gunalah yang original,,biarlah mahal hanya sedikit daripada upah mekanik berkali-kali..
Semoga anda guna parts yang original...

Tuesday, November 11, 2014

RXZ COVER BRACKET BLOCK

Sejak sekian lama RXZ menjadi kegilaaan muda-mudi,,,inilah rupa salah satu spare
parts yang berada dekat block motosikal yang menjadi pujaan ramai...

Cover Bracket ini adalah yang local,,bukan sesekali original,,..anda boleh mendaptnya
dengan harga serendah RM15 rniggit sahaja setiap satu...

Jika anda berniat ingin memiliki yang original,,berkemungkinan sekitar harga RM80
ringgit sahaja,,memang jauh nilainya berbanding yang local...

Sememangnya ada perbezaan yang local dan original,,jika sekali imbas tidak akan perasan
jika dah terlekat di block,,melainkan kepada mereka-mereka yang fanatik RXZ...

Semoga anda sentiasa mahukan yang original...

Yamaha RXZ - SRL STD

Salam peminat-peminat RXZ sekalian,,ini adalah bolt cylinder yang standart untuk Yamaha
RXZ,,bolt ini bersaiz 12...

Jika boleh,,cuba cari bolt ini yang dah ada washer satu set complek...kalau yang dah bore tu,,
agaknya tiada camlah nak pakai bolt ini...

Jangan risau,,kalau rasa terdetik nak pakai juga,,boleh dibarai engine,,selepas itu,,seharusnya
diserahkan ke kedai pemesing am,,merekalah pakar nak buat balik bagi cun-cun..

Ini pula gambar kat belakang,,apabila nak ikat bolt kat engine,,,rapatkan dahulu bolt
dengan tangan,,,tarik antara 1 ke 2 atau 3,,,jangan terlalu mengikut perasaan atau
terlalu egresif sehingga lose...

1,2,3 itu dah cukup,,gerenti bolt tak akan tercabut,,,selamat mencuba dan cuba spare
parts yang sepatutnya...

Monday, November 10, 2014

Yamaha RXZ - SRL STD

Kenalilah bolt cylinder RXZ bagi mereka yang meminati motosikal jenis ini,,belilah yang
datang dari kilang seperti ini,,,

Bolt std ini berkepala 12,,,jadi perlu guna spanner yang bagus kualitinya bagi menjaga
kekemasan kerja,,jangan sampai rosak kepala...

Boleh juga diguna,,spanner jenis cupling atau boxes spanner yang bersaiz 12..
jika tidak mengambil berat tentang hal spanner akan mengakibatkan bolt akan rosak..

Jikalau bolt sudah rosak kepala menyebabkan anda terpaksa bersusah payah mengeluarkan
-nya bagi menganti kepada yang baharu...

Jangan ikat bolt terlalu mengikut perasaan,,memadailah dengan bolt dirapatkan serta tarik satu
atau dua...

Semoga tips ini berguna pada anda semua dan selamat mencuba...

Rectifier Motosikal

Inilah dia rupa Rectifier Yamaha RXZ,..Kebiasaannya rupa benda ini seakan sama jer...
Cuma yang membezakannya dari segi wayaring,,ada yang 3 wayar dan ada juga yang
4 wayar bergantung kepada jenis motosikal...

Jika Rectifier ini rosak,,jangan sesekali membeli yang biasa-biasa,,belilah yang luar
biasa,,iaitu yang original atau yang mahal sedikit,,

Jikalau beli yang local berkemungkinan masalah yang dihadapi tidak dapat diatasi..
Kebiasaannya jika Rectifier rosak,,mentol motosikal akan rosak dan tidak menyala..

Kegunaaan Rectifier kepada motosikal adalah bagi mengawal arus bagi stabil serta
mengecas bateri,,

Kalau bateri sudah rosak ,,signal tidak akan berkelik-kelik serta horn tidak akan
berbunyi melainkan dipulas trottle bagi kuat sedikit...

Akan tetapi mentol lampu tidak akan rosak walaupun dipulas trottle paling kuat deruman
engine...oleh kerana Rectifier berfungsi dengan cemerlang mengawal arus ...

Jika sebaliknya,,walaupun bateri bagus cukup power,,,Rectifier  rosak,,mentol akan
rosak dan tidak menyala ekoran lebihan arus...

Semoga anda faham akan kegunaan Rectifier dan memberi munafaat kepada anda
semua dan selamat memcuba jika motosikal anda mengalami masalah tersebut...

Tuesday, July 8, 2014

Nombor Relay


Di sini ingin dikongsi tentang nombor relay...mungkin ramai orang mengenali kompenan ini..
Mungkin juga ramai yang tidak tahu tentang disebalik nombor yang tertera dekat relay..

Melihatkan gambar rajah yang sudah tertera ,,berkemungkinan ada yang sudah tahu erti sebenar-benarnya..
Di pendekkan cerita,,jom kita kenali angka yang diberi...

30 : ke bateri
85 : ke negatif atau ground
86 : ke switch
87 : ke lampu atau dll

Ceritanya ringkas sahaja tentang angka-angka relay..itulah sahaja untuk dikongsi buat entri ini sebagai pengetahuan yang berguna untuk anda faham tentang gambarajah tersebut...

Monday, April 14, 2014

Mudahnya DIY sendiri

Salam perkenalan,,Mudahbaiki.blogspot.com ingin berkongsi ilmu-ilmu DIY untuk memudahkan pengunjung blog ini memahami sedikit sebanyak tentang masalah menyelesaikan hal-hal yang memeningkan kepala apabila anda terdesak serta tersadar ditepi jalan apabila kenderaan yang anda memandu mengalami sedikit musykil..

Kekadang masalahnya kecil sahaja,,akan tetapi boleh diperbesarkan jika tidak menemui puncanya..apakah kesan-kesannya,,sebagai contoh: apabila tersilap tentang penyakit kereta,,anda akan menanggung kos bagi membeli sparepart yang sepatutnya anda tak beli..

Jika mengunakan khidmat mekanik,,,boleh,,akan tetapi memerlukan kos yang lebih tinggi jika mekanik tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut dimana kereta anda rosak..jadi senang cerita,,kereta anda akan di Toving ke bengkel bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi..

Pengelesaian masalah dan kos bergantung kepada kerosakan yang di alami oleh kenderaan tersebut...Jika banyak cerita dan songeh,,terbanglah duit gaji anda bagi kenderaan bergerak lancar semula..

Tahun demi tahun,,kos sparepart dan kos membaiki semakin melambung naik,,sedikit sebanyak mengugat kewangan dan perbelanjaan bulanan..

Semakin pelik atau hairan,,serata mencari sparepart tiada jual kat kedai,,aduh !!! mesti mahal kalau order...

Jika anda ada sedikit sebanyak ilmu,,bolehlah meringankan sedikit beban yang akan di tanggong jika kenderaan rosak..