Friday, November 14, 2014

PERBEZAAN BOLT CYLINDER RXZ


Bolt adalah sangat penting pada engine,,tanpa bolt ini bagaimana hendak menggantikan cylinder yang sudah
hilang kelikatannya..ini adalah bolt yang beli dekat kedai spare parts ,,bukan yang original..


Cuba beri perhatian dihujung lingkaran,,ada bonjol bulat ,,kalau beli satu set didalam plastik,,washer sudah
tersedia,,ia datang sekali dengan bolt,,


Inilah yang original,,asal dekat engine,,dihujung lingkaran tiada bonjol,,akan tetapi jika kepala dah nak rosak
tiada gunanya,,,menyusahkan adalah,,kalau dah terlekat kat bawah engine nampak sama sahaja...

Thursday, November 13, 2014

MAIN SUIS ORIGINAL RXZ


Suis utama Yamaha RXZ yang original yang sangat berbeza jika suis yang local dekat
kedai spare parts,,,sememangnya jauh perbezaannya...

Suis ini juga sebetul-betulnya memainkan peranan yang penting ekoran arus yang
mengalir daripadanya sebagai tempat hubungan...

Sehubungan dengan itu juga,,,suis ini terperangkap didepan mata penunggang Yamaha
RXZ berkemungkinan menyakitkan hati jika asyik memandang sius yang local..

Bagi rider RXZ,,pakailah suis yang original bagi keselesaan semasa membonceng RXZ..

Absorber RXZ


Salam warga RXZ,,,sepasang absorber kayaba untuk RXZ yang tak patut anda beli
jika ingin dipasang ke kerangka...

Oleh kerana sememangnya tidak sesuai kerana springnya yang agak luas sedikit,,jika
dipasang ke RXZ akan menampakkan tidak original....

Manakala spring Rxz yang original agak rapat-rapat,,tiada RXZ yang keluar yang baharu
spring semacam ini...lihatlah dengan teliti semasa membeli dekat kedai,,jangan sesekali
tersilap beli,,akan tetapi absorber jenis ini agak keras sedikit ....

Semasa membeli absorber,,pastikan lingkaran spring yang rapat-rapat serta jenama
KAYABA,,baharu nampak original...cun-cun bila kat motosikal...

WAYARING NO : RXZ CATALYZER


Salam warga serta peminat RXZ,,di sini ingin kongsi ilmu tentang Wayaring yang original
asal dekat motosikal yang dapat di tonjolkan buat tatapan penggemar RXZ..

Wayaring yang dapat anda lihat ini,,bukannya beli kat kedai dan pasang dekat motosikal,,
ia sebenar-benarnya yang original datang sekali dengan motosikal semasa keluarannya..

Apa yang anda lihat adalah sebagai perkongsian bagi menbezakan yang original dan local,,
bagi tujuan pengetahuan semata-mata...semoga menberi manfaat untuk anda semua...

ENGINE RXZ CATALYZER


Inilah rupa engine Yamaha RXZ Catalyzer yang original,,,perbezaannya adalah dari
segi magneto yang berbeza dengan yang lama,,,..

Ia menyerupai Magneto Yamaha 125Z,,,daripada segi yang lain di engine tidak berubah,,
yang mana engine yang lama boleh masuk magneto jenis ini tanda dimodifikasi ...

Akan tetapi wayaring,,cdi serta rectifier harus ditukar kepada jenis Catalyzer jika
bercadang ingin memasukkan magneto ini ke engine yang lama...


Cuba perhati betul-betul,,,memang sebelah ini tidak diubah ,,sama seperti yang lama,,
cuma pump 2t sahaja diubah kat dalam,,luarannya sama sahaja boleh ngam dengan lama..

Dari segi repair kit pump 2t memang berbeza dari yang lama,,...jangan sesekali tersilap
beli apabila mahu service pump 2t...


TYRE LEVER


Salam,,jika anda ingin benar menukar tiub atau tayar motosikal tanpa bantuan mekanik,,
cubalah cari jenama SAFETY,,jangan beli yang tebal,,cuba cari yang nipis,,


Seperti ini,,baharulah senang sedikit bagi melakukan kerja mencungkil tayar daripada
rim,,,jika guna yang telah berkemungkinan agak susah untuk tugas mencungkil..

Kalau boleh jangan sesekali menggunakan skru driver kerana agak berisoko ketika
memasukkan tayar ke rim,,mungkin akan terkena tiub yang mengakibatkan kebocoran..

Semoga tip ini berguna untuk DIY anda....

HORN ORIGINAL YAMAHA RXZ


Inilah rupanya Horn yang original motosikal Yamaha RXZ,,,yang tertulis NIKKO HORN,,
YF -12 dan hanya memerlukan power 12 v..


Yang ini pula wajah dekat belakang,,fungsinya sama saja dengan yang local,,cuma beza
original saja...colour pun mungkin ada perbezaan...


Mungkin yang ini terang sedikit,,masih ada tertulis Nikko dekat belakang,,,seingat dahulu
ramai yang pakai RXZ telah buang Horn daripada kerangka,,tak cantik serta nampak
macam standart..

Berlainan pula era ini,,,mereka-mereka yang mengemari RXZ mencari-cari benda ini yang
original,,lebih-lebih lagi yang asal motor dan kelihatan masih segar di mata memandang..